Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Media massa telah memaklumkan (30 Disember 2010) sejumlah ratusan tahanan Syiah al-Hawsi akan dibebaskan dari penjara Yaman dengan bantuan kerajaan Qatar. Presiden Yaman Ali Abdullah Soleh telah bersetuju sejak hari Rabu lalu akan membebaskan mereka.
Menurut pegawai-pegawai keselamatan Yaman, mereka sudah bersedia membebaskan Syiah Hawsi seramai empat ratus orang di peringkat awal.
Media Yaman pula menyatakan persetujuan telah dicapai setelah didesak pegawai-pegawai Qatar yang melawat Yaman beberapa kali setelah kerajaan Yaman mengikat perjanjian damai gencatan senjata dengan Syiah Hawsi pada musim panas tahun lalu.
Sebelum ini peperangan ke-enam antara Syiah al-Hawsi dan askar kerajaan Yaman telah berakhir dengan perjanjian gencatan senjata di Qatar tahun lalu. Kedua belah pihak menandatangani kesefahaman di mana Yaman akan bertanggung jawab membebaskan tawanan perang. Namun pihak Yaman kelihatan berlengah dalam perkara ini sehingga mendapat teguran daripada wakil Qatar.
Hingga hari ini genaplah 10 bulan gencatan senjata. Walaupun kerajaan Yaman sentiasa berdalih ketika menyerang dan membunuh orang awam Syiah, namun Mujahidin al-Hawsi telah bertindak menentang fitnah tersebut habis-habisan.
Menurut saksi-saksi dari Sa'dah, hingga kini seratus lima puluh tawanan perang Syiah Hawsi dari penjara Yaman telah pulang dengan disambut oleh sanak saudara mereka.
Menurut salah seorang saudara mara Syiah al-Hawsi, hampir seribu Syiah telah dipenjarakan dan beberapa orang daripadanya adalah komandan tentera al-Hawsi. Namun pihak Yaman memaklumkan bahawa mereka ini tidak akan dibebaskan.